Larangan Ke Sarawak: Adenan Cabar Anwar Saman Kerajaan Negeri - Semasa | mStar

Larangan Ke Sarawak: Adenan Cabar Anwar Saman Kerajaan Negeri

Tan Sri Adenan Satem
KUCHING: Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem mencabar ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil tindakan undang-undang termasuk menyaman beliau dan kerajaan negeri jika tidak berpuas hati dengan tindakan melarang individu tertentu dari semenanjung memasuki Sarawak.

Adenan juga menyelar tindakan Anwar yang terus mempertikai keputusan kerajaan negeri walaupun beliau masih dibenarkan datang ke negeri ini.

Sarawak tidak memerlukan campur tangan orang luar untuk menentukan hala tuju dan masa depannya dan orang luar tidak perlu datang ke negeri ini untuk menimbulkan kekacauan, katanya ketika menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Balai Raya Kampung Teh di Mukah Rabu.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak, berkata negeri ini sudah cukup aman, malah rakyatnya hidup bersatu dalam suasana penuh harmoni walaupun berbeza kepercayaan agama dan etnik budaya. 

Sementara itu, penganalisis politik Datuk Peter Minos berkata Adenan melakukan perkara yang tepat dan rakyat Sarawak sentiasa bersama beliau yang sentiasa mahu memelihara keharmonian kaum dan kebebasan beragama di negeri ini sama ada waktu pilihan raya atau tidak.

Beliau turut menyokong tindakan melarang siapa sahaja dari Semenanjung yang memasuki negeri ini dengan niat untuk menimbulkan kekacauan.

Pada 21 Mac, Adenan berkata kerajaan negeri akan menggunakan hak imigresen yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia untuk menghalang kemasukan mana-mana ekstremis kaum atau agama atau menghantar mereka balik menurut undang-undang yang ada.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

Artikel Lain