suria

PRK Kajang: PKR Edar Goreng Pisang Percuma

Zuraida mengedarkan bungkusan berisi goreng pisang sebagai tindakan pada hari terakhir sebelum hari pengundia pada Ahad.
KAJANG: Berbaki beberpa jam sebelum tempoh berkempen tamat menjelang pukul 12 tengah malam ini, pelbagai cara digunakan bagi meraih sokongan pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Menawarkan goreng pisang berkeju dan coklat serta minyak hitam percuma, Parti Keadilan Rakyat (PKR) tampil dengan cara kreatif untuk memancing undi.

Tinjauan di Kampung Sungai Sekamat, kemeriahan kempen di saat-saat akhir jelas kelihatan apabila pengguna jalan raya diberikan bungkusan pisang goreng secara percuma.

Memeriahkan suasana ialah Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin yang turut membantu jentera parti itu mengedarkan kira-kira 500 bungkusan pisang goreng berkeju.

"Kita sediakan 500 bungkus...siapa cepat dia dapat. Kita goreng di sini juga dan terus edarkan kepada orang ramai yang lalu di sini," katanya ketika ditemui di sini.

Selain pisang goreng, penunggang motosikal turut berpeluang menukar minyak hitam secara percuma di lokasi bengkel berdekatan.

Bagaimanapun ia hanya dihadkan kepada 100 motosikan terawal sahaja.

Menurut Zuraida pengedaran pisang goreng dan minyak hitam percuma  merupakan sebahagian daripada strategi kempen parti itu.

"Hari ini (Sabtu) hari terakhir berkempen, jadi kita gunakan strategi kempen secara santai untuk mengingatkan pengundi supaya mengundi PKR," katanya.

Menerusi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang yang akan berlangsung esok, PKR meletakkan Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menentang wakil Barisan Nasional (BN), Datin Paduka Chew Mei Fun.

Kajang, PKR, Barisan Nasional

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain