suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kes Peniaga Bunuh Anak Teman Wanita Dipindahkan Ke Mahkamah Tinggi Shah Alam

KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret Selayang pada Rabu memerintahkan kes seorang peniaga yang didakwa membunuh anak teman wanitanya, berusia dua tahun, dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Majistret Nurul Izzah Hasan Basri membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Sharifah Zulia Balqish Syed Agil supaya kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Bagaimanapun tiada tarikh ditetapkan.

Pada 10 Julai tahun lepas, peniaga Mohd Hisham Mat Yunus, 43, didakwa membunuh Muhamad Umar Haiqal Mohd Hazlee di sebuah bilik di Commonwealth Forest Park & Resort (Taman Rimba Komanwel), KM23, Jalan Kuala Lumpur-Rawang, Rawang Selangor dekat sini antara 2 petang 9 Mei 2013 hingga 4.30 pagi 2 Jun 2013.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Media sebelum ini melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun didakwa dipukul sehingga mati oleh teman lelaki ibunya dan mayat mangsa ditanam di kawasan hutan di Gunung Berinchang, Cameron Highlands.

Artikel Lain