suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wan Azizah Buat Pusingan 'U', Mengaku Kenal Kapten MH370

Wan Azizah.
KAJANG: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akhirnya membuat pusingan 'U' apabila terpaksa mengakui juruterbang MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah sebenarnya mempunyai kaitan dengan menantunya.

Malah kali ini Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu turut mengaku pernah bertemu dengan Zaharie pada satu majlis perkahwinan tidak lama dahulu.

"Ya kenal...(kami) ada kaitan melalui perkahwinan.

"Juga pernah jumpa dalam majlis perkahwinan. Masa jumpa saya tak tahu beliau adalah seorang juruterbang," katanya ketika berkempen di Pasar Malam Taman Cuepacs di sini, Selasa.

Wan Azizah yang juga calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada Isnin memberi kenyataan bercanggah apabila berkata beliau tidak mengenali Zaharie.

Malah Wan Azizah turut menyembunyikan fakta bahawa suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga mengenali juruterbang MH370 yang hilang sejak Sabtu minggu lalu itu.

Pengakuan Wan Azizah itu dibuat selepas Anwar mendedahkan di Parlimen bahawa beliau sememangnya mengenali Zaharie dan mengakui juruterbang itu merupakan penyokong tegar PKR.

Sebelum ini The Mail melaporkan bahawa Zaharie merupakan penyokong 'obsesif ' kepada Anwar yang juga Ketua Pembangkang.

Menurut laporan tersebut, beberapa jam sebelum penerbangan itu meninggalkan Kuala Lumpur, difahamkan bahawa Zaharie, 53, menghadiri perbicaraan Anwar di mana pemimpin itu dijatuhkan hukuman penjara selama lima tahun.

Zaharie turut disahkan sebagai ahli seumur hidup PKR Cabang Subang.

Artikel Lain