Ecstasy: Dua Rakyat Malaysia Dihukum Mati Di Jakarta - Semasa | mStar

Ecstasy: Dua Rakyat Malaysia Dihukum Mati Di Jakarta

JAKARTA: Mahkamah Daerah Batam pada Isnin menjatuhi hukuman mati terhadap dua rakyat Malaysia dan seorang rakyat Singapura kerana mengedar 168,987 pil ecstasy. 

Rakyat Malaysia itu, Mohammad Sollehudin Anuar dan Azmee Johari, serta rakyat Singapura Ong Beng Song didakwa menyeludup masuk dadah itu dari Malaysia ke Indonesia melalui Batam.

"Defendan didapati bersalah menyeludup dadah. Mereka memberi penjelasan rumit dan bercanggah serta menafikan memiliki dadah itu," kata Hakim Jack Octavianus seperti dipetik akhbar harian berbahasa Inggeris 'Jakarta Post' pada Selasa.

Jack berkata ketika-tiga mereka dijatuhi hukuman mati memandangkan jumlah dadah yang diseludup sangat besar dan jika diedarkan, banyak kehidupan yang akan musnah. 

Katanya defendan didapati bersalah mengikut Artikel 114 Undang-undang No 35/2009 berkaitan narkotik, yang memperuntukkan hukuman mati. 

Polis mendapat maklumat berhubung dadah itu, yang disembunyikan di dalam alat pemampat kepunyaan sebuah syarikat ekspedisi di Tiban, Batam, pada awal Mei tahun lepas. 

Syarikat itu kemudian membawa alat pemampat itu ke Tanjung Pinang, ibu kota wilayah Kepulauan Riau. Ketika sedang diperhatikan polis, dadah itu kemudian dihantar ke Pekanbaru, Riau, Lampung dan kemudian Merak. Konsainan itu tiba di Jakarta pada 5 Jun.

Polis Batam menahan rakyat Malaysia itu di sebuah rumah di Jl. Ubud Raya di kompleks perumahan Daan Mogot Baru di Kalideres, Jakarta Barat pada hari berikutnya.

Mereka ditahan ketika sedang menerima dadah itu manakala rakyat Singapura itu pula ditahan di sebuah restoran berhampiran ketika sedang makan bersama isteri dan anaknya.

Peguam Edi Hartono, yang mewakili ketiga-tiga tertuduh, berkata mereka masih menimbang sama ada akan merayu terhadap keputusan mahkamah itu.

Menurut data daripada Agensi Narkotik Nasional, 42 warga asing ditahan berkaitan kesalahan dadah pada 2013 iaitu lapan rakyat Malaysia; tujuh Taiwan; lima China; empat Filipina; empat Nigeria; empat India; tiga Afrika Selatan; dua Vietnam; dua Jerman; seorang Amerika; seorang Sweden dan seorang Austria.
ecstasy , jakarta , malaysia , hukuman mati

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

Artikel Lain