suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wan Azizah Ganti Anwar Tanding Di Kajang

Dr Wan Azizah Wan Ismail.

KAJANG: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah dipilih sebagai calon untuk menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon parti itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang pada 23 Mac ini.

Dalam satu sidang media di pusat operasi PKR pada Ahad, Anwar yang juga suami kepada Wan Azizah berkata keputusan itu dibuat selepas rundingan dengan kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat.

"Selepas mencapai persetujuan dengan beberapa rakan dalam Pakatan Rakyat , kami bersetuju memilih Wan Azizah sebagai calon baharu," katanya.

Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang kosong apabila penyandangnya, Lee Chin Cheh meletak jawatan secara tiba-tiba pada Januari lalu.

Artikel Lain