suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hanya Muar Catat IPU Tidak Sihat Setakat 8 Pagi Khamis

KUALA LUMPUR: Hanya Muar, Johor merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat, iaitu 113 setakat pukul 8 pagi Khamis.

Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS), 23 kawasan mencatatkan bacaan baik manakala 27 kawasan lagi dengan bacaan IPU sederhana.

Kawasan yang mencatat bacaan IPU baik antaranya Wilayah Persekutuan Labuan (39), Paka, Terengganu (26), Tanjung Malim, Perak (48), Kota Tinggi dan Larkin Lama, Johor masing-masing (28) dan (39).

Sementara itu, kawasan yang merekodkan bacaan sederhana antaranya ialah Batu Muda dan Cheras, Kuala Lumpur masing-masing (59) dan (54), Wilayah Persekutuan Putrajaya (68), Shah Alam (58), Banting (53), Sibu, Sarawak (53) dan Bakar Arang, Sungai Petani di Kedah (69).

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).

Orang ramai boleh merujuk ke portal apims.doe.gov.my kendalian JAS untukmengetahui bacaan IPU di kawasan mereka. 

ipu, jabatan alam sekitar

Artikel Lain