Anggota Polis Maut Diserang Penjenayah - Semasa | mStar

Anggota Polis Maut Diserang Penjenayah

Kesan tompokan darah dapat dilihat pada kereta unit peronda polis.

KLANG: Seorang anggota polis dari dari unit kereta peronda maut manakala seorang lagi cedera selepas diserang dua lelaki dipercayai warga Indonesia, dalam satu kejadian di Taman Sentosa, di sini awal pagi Selasa.

Koperal Raja Aizam Raja Mohd, 53, yang cedera di kepala maut ketika dalam perjalanan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) manakala Koperal Mohd Aidil Mustafa, 29, masih menerima rawatan di hospital sama.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 pagi Selasa, dua anggota polis itu dipercayai diserang suspek berkenaan ketika mereka sedang membuat rondaan di Lorong Yusuf Shahbuddin 44D, Taman Sentosa.

Kedua-dua anggota polis itu terserempak dengan lima lelaki disyaki warga Indonesia sebelum berlaku pergelutan ketika sedang membuat pemeriksaan.

Difahamkan dalam pergelutan yang berlaku, pistol milik Raja Aizam telah dirampas suspek yang cuba menembak Mohd Aidil tetapi senjata itu gagal berfungsi sebelum ia dirampas Mohd Aidil dan kemudian menembak dua suspek.

Kedua-dua suspek itu ditembak mati dan dan sebilah pisau ditemui berhampiran Raja Aizam.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan menyifatkan serangan terhadap anggota polis oleh warga asing sebagai tindakan melampau dan keterlaluan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

Artikel Lain