suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Buruh Ditahan Bersama Heroin Bernilai RM15000

KUANTAN: Seorang buruh yang dipercayai pengedar dadah ditahan di sebuah rumah di Perumahan Awam Kos Rendah Mat Kilau, Jerantut pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Jerantut Supt Azid Ismail berkata serbuan pada pukul 8.59 pagi yang diketuai Insp Abang Annuar Abang Kaderi itu turut berjaya merampas dadah heroin dianggarkan bernilai RM15,000.

Katanya suspek yang berusia 43 tahun itu diberkas di dalam sebuah bilik di rumah tersebut dan hasil pemeriksaan polis menemui satu tiub heroin seberat 1.6 gram di dalam genggaman tangan kirinya.

"Pemeriksaan lanjut di dalam rumah suspek turut menemui tujuh paket dadah jenis sama seberat 176 gram di dalam kabinet televisyen di ruang tamu rumah," katanya ketika dihubungi <i>Bernama<i>.

Azid berkata siasatan awal mendapati suspek yang positif dadah itu mempunyai enam rekod jenayah lampau dan dia kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Jerantut untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B, Seksyen 12 (2) dan Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Kuantan, Jenayah, Heroin, Dadah

Artikel Lain