suria

30 Ekor Gajah Rosak Tanaman Penduduk Di Telupid

TELUPID: Sebanyak 30 ekor gajah dilapor memasuki kawasan Kampung Bauto dekat sini dan merosakkan tanaman penduduk.

Ketua Kampung, Kamilus Dian berkata kehadiran gajah tersebut melalui ladang kelapa sawit yang baru dibuka berhampiran kampung itu disedari Jumaat lepas.

"Namun gajah berkenaan tidak mengancam keselamatan penduduk kampung, hanya merosakkan tanaman," katanya.

Beliau berkata pihak Jabatan Hidupan Liar dan polis melakukan pemantauan pergerakan gajah berkenaan sambil dibantu penduduk kampung.

Beliau berkata empat ekor gajah dikesan melepasi jalan utama di kampung itu dan dua daripadanya sudah ditangkap kira-kira pukul 9 pagi Selasa.

Gajah-gajah yang lain masih berada di hutan kecil di Jalan Bukit Microwave berdekatan Ladang Sri Bauto, kata Kamilus.

Beliau berkata ini merupakan kali kedua gajah memasuki kampung itu sejak 20 tahun lepas. - BERNAMA

Artikel Lain