suria

Ibu Bapa Pelajar SMK Victoria Berhak Nyatakan Pendapat - Mary Yap

Mary Yap
Mary Yap
Mary Yap

PUTRAJAYA: Ibu bapa pelajar SMK Victoria yang mendakwa terdapat 'campur tangan politik' di sekolah itu berhak untuk menyuarakan pendapat mereka, kata Datuk Mary Yap.

"Apa yang telah diterbitkan dalam akhbar 'The Star' adalah pendapat yang dinyatakan, tetapi setakat yang saya tahu, pendidikan akan diletakkan di atas politik," kata timbalan menteri pendidikan ini pada sidang akhbar di kementerian pendidikan, Rabu.

Mary mengulas surat yang disiarkan dalam akhbar 'The Star' pada 4 Februari bertajuk 'Appalled over political interference' (Campur Tangan Politik Mengejutkan) yang ditulis oleh Presiden Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Victoria, Datuk Dr Nik Zamri Majid.

Surat itu menyentuh mengenai campur tangan setiausaha politik atau setiausaha akhbar atau setiausaha peribadi menteri apabila sekolah memutuskan untuk membuang pelajar kerana masalah disiplin.

Menurut surat itu, SMK Victoria telah membuang lima pelajar kerana memukul pelajar lain dua bulan lalu.

Ibu bapa salah seorang pelajar membuat keputusan tidak mahu anak mereka ditukarkan ke sekolah lain dan pergi ke pejabat menteri untuk mendapatkan bantuan mengenai keputusan sekolah.

Di dalam surat itu menyatakan bahawa sepasukan pegawai daripada kementerian telah pergi ke sekolah berkenaan untuk mempersoalkan keputusan pengetua sekolah itu dan guru-guru disiplin.

Surat itu juga menyatakan bahawa pegawai-pegawai kementerian telah menjalankan 'siasatan' seperti pendakwa raya menyoal penjenayah.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain