suria

Polis British Siasat Kemungkinan Kes Perhambaan Di London Ada Unsur Pemujaan

PETALING JAYA: Polis British sedang menyiasat kemungkinan terdapat penglibatan kultus dan aktiviti pemujaan dalam kes tiga wanita yang dijadikan hamba selama 30 tahun di London, termasuk wanita berusia 67 tahun dari Malaysia, lapor The Guardian.

Sebagai tambahan, ia juga melaporkan bahawa penyiasat cuba untuk menentukan jika dua lagi mangsa perhambaan, yang merupakan seorang wanita berusia 30 tahun adalah anak perempuan kepada suspek lelaki yang ditahan bersama seorang lagi mangsa berusia 57 tahun dari Ireland.

The Guardian melaporkan bahawa polis sedang menyiasat jika dua suspek, yang merupakan pasangan British yang sudah tua, memukul dan melakukan penderaan mental, kaedah yang sering digunakan oleh kultus-kultus untuk memastikan wanita-wanita yang menjadi hamba terikat dengan mereka.

Sumber yang dekat dengan kes itu dilaporkan berkata bahawa kuasa yang dipunyai oleh suspek yang menjadikan tiga wanita sebagai hamba itu adalah serupa dengan apa yang dilakukan oleh pemimpin kultus yang melakukan aktiviti pemujaan.

The Guardian juga menunjukkan bahawa siasatan akan memberi tumpuan kepada " hubungan kompleks" antara tiga wanita dan orang yang didakwa menjadikan mereka hamba, dan mengapa mereka tidak cuba untuk melarikan diri dalam tempoh masa yang panjang.

Wanita berusia 30 tahun yang diselamatkan dipercayai telah tinggal di rumah sejak bayi.

Menurut laporan, kelahiran wanita berusia 30 tahun telah didaftarkan dengan pihak berkuasa, tetapi adalah tidak jelas jika terdapat mana-mana lawatan oleh pengunjung kesihatan atau bidan.

Dilaporkan bahawa wanita itu tidak pernah pergi ke sekolah tetapi boleh membaca dan menulis.

Dia digambarkan sebagai seorang yang bijak oleh mereka yang dekat dengan kes itu.

Kedua-dua suspek dalam kes itu telah dibebaskan dengan jaminan sehingga bulan Januari dan siasatan kes itu sedang berjalan.

Polis, pada bulan lalu menyelamatkan tiga wanita, selepas warga Ireland berusia 57 tahun membuat panggilan telefon kepada organisasi Freedom Charity, selepas menonton mereka di televisyen.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain