suria

Abu Sayyaf Disyaki Dalangi Insiden Bunuh, Culik Pelancong Taiwan

Resort dimana sepasang suami isteri warga Taiwan diserang oleh kumpulan lelaki bersenjata, awal pagi Jumaat.
Resort dimana sepasang suami isteri warga Taiwan diserang oleh kumpulan lelaki bersenjata, awal pagi Jumaat.
Resort dimana sepasang suami isteri warga Taiwan diserang oleh kumpulan lelaki bersenjata, awal pagi Jumaat.

KUALA LUMPUR: Polis percaya rangkaian Al-Qaeda iaitu pengganas Abu Sayyaf merupakan kumpulan yang bertanggungjawab dalam insiden pembunuhan dan penculikan sepasang pelancong suami isteri warga Taiwan di Pulau Pom Pom, Semporna, Sabah pada Jumaat.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar pada Sabtu berkata, kumpulan tersebut melakukan penculikan untuk mendapatkan wang tebusan tetapi tiada tuntutan dibuat bagi membebaskan warga Taiwan, Chang An Wei, 58.

"Maklumat awal yang kami perolehi menunjukkan penculik itu terdiri daripada lapan orang.

"Mereka merupakan kumpulan yang mengambil peluang melepaskan diri daripada kawalan keselamatan pihak berkuasa di sempadan Filipina yang kini memberikan bantuan kepada mangsa tragedi taufan Haiyan," katanya.

Khalid juga tidak menolak penglibatan rakyat tempatan dalam penculikan itu tetapo berkata polis sedang menyiasat sekiranya individu-individu tersebut merupakan rakyat Sabah atau Filipina yang menyelinap masuk menerusi sempadan.

"Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) masih baharu. Orang ramai perlu memahami bahawa kawasan tersebut berkeluasan 1,400km untuk dipantau dan kami tidak boleh berada di mana-mana pada satu masa.

"Kumpulan tersebut merancang 'serang dan lari' dengan penduduk tempatan yang menyukarkan kita untuk menjejaki mereka," katanya.

Khalid turut mencadangkan larangan penggunaan bot pam di perairan cetek di Timur Sabah.

"Selepas insiden Lahad Datu, kami mengumumkan penggunaan bot pam adalah haram di sekitar perairan cetek.

"Ini mungkin sukar bagi penduduk tempatan yang menggunakan ia setiap hari tetapi tiada sebarang kompromi dalam soal keselamatan. Pihak berkuasa Sabah perlu mengambil tindakan drastik ke atas mereka yang menggunakan bot pam kerana ia merupakan kemudahan pengangkutan yang digunakan oleh rakyat asing untuk memasuki negara ini," katanya.

Artikel Lain