suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Plus Peroleh RM2.4 Bilion Kutipan Tol Di Lebuhraya Utara-Selatan Pada 2012

KUALA LUMPUR: 28 syarikat konsesi lebuh raya di negara ini telah mengumpul sebanyak RM4.8 bilion, jumlah kutipan tol bagi keseluruhan tahun lepas, kata Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof.

Beliau berkata PLUS Expressways Bhd mengumpul sebanyak RM2.4 bilion dari Lebuhraya Utara-Selatan, Lebuhraya Seremban-Port Dickson (RM24.62 juta) dan Lebuhraya Sprint (RM111.84 juta).

"Kutipan tol yang diperolehi digunakan oleh syarikat-syarikat konsesi membayar balik hutang komersial dan pinjaman bank. Bayaran lain dibuat untuk menampung perbelanjaan modal dan kos operasi serta penyelenggaraan lebuh raya," katanya dalam jawapan bertulis kepada Anthony Loke (DAP -Seremban).

Loke telah meminta Kerajaan mendedahkan jumlah kutipan tol oleh syarikat konsesi bagi tahun 2012.

Kutipan tol yang diperolehi dari Lebuh Raya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua) adalah RM115.94 juta, Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (RM30.51 juta) dan Lebuh Raya Koridor Guthrie (RM46.89 juta).

Dalam perkembangan lain, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata prosiding dalam Dewan Rakyat pada hari Rabu terpaksa dilanjutkan selepas tengah malam selepas Dewan meluluskan usul "menghentikan jam" untuk melengkapkan persidangan hari itu.

Beliau berkata kerajaan terpaksa mengemukakan satu usul memandangkan tidak ada masa yang cukup untuk membahaskan semua usul dan Ahli Parlimen mengambil masa yang lama untuk membahaskan pelbagai isu.

Dewan juga meluluskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2012) 2013 yang menyediakan peruntukan tambahan sebanyak RM513,469,560 kepada 17 kementerian dan agensi kerajaan.

Artikel Lain