suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua Lelaki Didakwa Rompak Berkumpulan Guna Parang

KUALA LUMPUR: Dua lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini Khamis terhadap pertuduhan merompak berkumpulan menggunakan sebilah parang, di sebuah hotel di sini, bulan lepas.

S.Shanker, 44, dan K.Saravanakumar, 30, bersama tiga lagi yang masih bebas didakwa merompak menggunakan parang dengan mengambil wang tunai RM9,000, dua Samsung Tab, tujuh telefon bimbit, beg duit, kasut, baju, pasport, dua komputer riba, dan rantai emas milik penghuni Merina Guest House di No.518, Jalan Abdul Rahman di sini pada 5.45 pagi 24 Jun lepas.

Mereka yang masing-masing bekerja sebagai pengutip hutang syarikat dan ejen insurans itu didakwa mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.

Hakim Azman Mustapha membenarkan kedua-dua tertuduh masing-masing diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tidak membenarkan tertuduh berhubung dengan mana-mana mangsa dan menetapkan 16 Julai untuk sebutan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Norman Mohd Nasir manakala Shanker diwakili peguam M.Mathavan dan Saravanakumar diwakili peguam K.Theivaendran. - BERNAMA

Artikel Lain

Eman Manan dapat Datuk