Bekas MB Johor Dilantik Pengerusi Sime Darby - Semasa | mStar

Bekas MB Johor Dilantik Pengerusi Sime Darby

Abdul Ghani Othman.
Abdul Ghani Othman.

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman telah dilantik sebagai Pengerusi dan Pengarah Sime Darby Bhd yang baharu berkuat kuasa 1 Julai, bagi menggantikan pemangku Pengerusi Tan Sri Samsudin Omar.

Abdul Ghani, 66, akan berkhidmat sebagai Pengarah Bebas dan Bukan Eksekutif Sime Darby manakala Samsudin ditukar menjadi Pengarah Bukan Bebas dan Bukan Eksekutif Sime Darby, demikian menurut konglomerat itu di dalam satu kenyataan pada Selasa.

"Abdul Ghani telah dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan pada Disember 1993 sehingga Mac 1995 sebelum menjadi Menteri Besar Johor sehingga Mei 2013," katanya.

Samsudin dilantik sebagai pemangku Pengerusi Sime Darby berikutan persaraan Tun Musa Hitam sebagai pengerusi pada mesyuarat agung tahunan yang diadakan pada 8 November, 2012.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sime Darby, Tan Sri Mohd Bakke Salleh mengalu-alukan pelantikan Abdul Ghani, sambil menyatakan ia baik bagi kumpulan multinasional itu.

"Sime Darby berbesar hati menerima beliau sebagai ahli Lembaga Pengarah dan kami yakin beliau akan membantu menyumbang bagi mengemudikan syarikat itu ke tahap lebih tinggi lagi dan bagi mengharungi tempoh yang mencabar," katanya. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

Artikel Lain