suria

25 Penunjuk Perasaan Ditahan

Penunjuk perasaan yang berjaya ditahan dibawa menaiki sebuah trak polis. Foto NORAFIFI EHSAN/The Star
Penunjuk perasaan yang berjaya ditahan dibawa menaiki sebuah trak polis. Foto NORAFIFI EHSAN/The Star
Penunjuk perasaan yang berjaya ditahan dibawa menaiki sebuah trak polis. Foto NORAFIFI EHSAN/The Star

KUALA LUMPUR: Ketegangan yang berlaku di antara polis dan peserta Black 505 berjaya dileraikan selepas campur tangan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Kumpulan tersebut yang berarak dari Padang Merbuk selepas berkhemah dua malam di lokasi tersebut untuk menyerahkan memorandum menuntut ahli panel Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meletak jawatan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak cuba merempuh halangan polis di Parlimen.

Polis berjaya menahan beberapa ahli badan bukan kerajaan (NGO) dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dalam keadaan sedia untuk melepaskan gas pemedih mata.

Khalid yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat menenangkan kumpulan tersebut dengan berjanji akan menyerahkan memorandum itu kepada pihak berkaitan.

"Kami akan menyerahkan memorandum tersebut kepada pihak berkaitan, Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri untuk mengadakan pilihan raya semula dan memperbaiki kelemahan SPR," katanya bagi pihak Pakatan Rakyat.

Beliau berkata, perhimpunan itu membuktikan dedikasi rakyat menuntut pilihan raya yang bersih dan kerajaan pilihan mereka.

Polis menahan kira-kira 25 individu yang terlibat dalam pergelutan selama dua jam itu.

Pergelutan itu berlaku apabila sekumpulan aktivis cuba merempuh halangan polis dan membaling beberapa beg berisi cat berwarna oren kepada anggota polis.

Artikel Lain