suria

Lebih Baik Jadi Seperti Mak Jah

Mak Jah atau Maimunah Ahmad
Mak Jah atau Maimunah Ahmad
Mak Jah atau Maimunah Ahmad

ADOIII!

TERJOJOL biji mata saya apabila membaca kenyataan daripada seorang artis yang akhirnya mengaku sudah berkahwin.

Artis ini memohon maaf kerana mengambil langkah menyembunyikan rahsia perkahwinannya sehinggalah mendapat seorang anak.

Alasan yang diberikannya kerana takut hilang peminat selain enggan perkahwinannya itu diheboh-hebohkan.

Dua alasan ini cukup tak masuk akal. Patutlah artis ini tak beberapa nak laku sebab jawapan itu cukup menggambarkan mentalitinya.

Peminat sekarang bukan macam peminat zaman dulu-dulu. Saya teringat cerita Datuk A Rahman Hassan.

Pada zaman mudanya, ada peminat sanggup datang ke rumah untuk menggodanya sehinggalah dia berkahwin, peminat itu jatuh sakit dan terpaksa dimasukkan ke hospital.

Peminat dulu-dulu memang fanatik. Kerana mereka susah untuk berjumpa dengan artis. Sebab itulah artis-artis lama disanjung tinggi berbanding artis-artis zaman sekarang yang segelintir rendah moralnya,.

Alasan takut hilang peminat itu memang tidak masuk akal. Siti Nurhaliza telah lama berkahwin tetapi peminatnya masih lagi ramai.

Sebabnya Siti mempunyai pakej yang baik. Ada suara, ada paras rupa dan juga mempunyai bakat yang tinggi.

Artis di Hollywood pun sama. Kahwin cerai itu perkara biasa tetapi mereka tetap mendapat sokongan kerana hasil kerja yang disumbangkan.

Hero-hero filem Hollywood juga ramai yang tua tetapi mereka masih menjadi hero. Kenapa? Kerana bakat semula jadi.

Pada masa ini persoalan kehilangan peminat kerana berkahwin adalah satu contoh yang bodoh dan sangat-sangat bodoh. Saya harap mana-mana artis dan sesiapa sahaja jangan lagi beri alasan macam itu lagi. Buat malu!

Peminat hari ini menilai seseorang artis dengan bakat. Peminat lebih suka dengan artis yang baik pekertinya, tinggi budi bahasa selain berilmu.

Peminat sudah meluat membaca kisah-kisah artis bergaduh di kelab, mabuk sana-sini, jadi mat gian, kahwin sorok-sorok dan macam-macam lagi.

Saya begitu kagum dengan pelakon Maimunah Ahmad atau Mak Jah.

Mah Jah taklah seglamor Erra Fazira atau mana-mana artis gred 1 lain tetapi Mak Jah seorang yang sangat merendah diri.

Bayangkanlah pada usia 66 tahun dia masih dapat banyak tawaran berlakon drama. Dia juga berlakon lebih daripada lima buah filem.

Walaupun Mak Jah tidak sehebat orang lain tetapi dia berjaya memasarkan dirinya untuk berada lama dalam dunia seni.

Antara petua Mak Jah yang saya baca ialah menjaga disiplin diri. Sebab itulah kalau ada tawaran pada saat-saat akhir dia masih boleh terima dan akan sampai ke lokasi tepat pada masanya.

Dia juga mempunyai hubungan yang baik dengan semua orang. Dia juga tidak malu untuk memberitahu tinggal di pangsapuri Projek Perumahan Rakyat (PPR)

Malah Mak Jah juga memandu kenderaannya sendiri untuk ke lokasi penggambaran walaupun ke Kedah jauhnya tanpa perlu memasang PA ataupun pemandu.

Saya bandingkan Mak Jah dengan artis yang mahu menyembunyikan perkahwinan itu.

Antara mereka ternyata Mak jah lebih popular.

Saya percaya, walaupun Mak Jah tidak pernah mendapat ruang untuk menjadi penghias muka depan majalah hiburan berbanding artis yang saya perkatakan itu, saya percaya, peluang untuk Mak Jah untuk berada lama dalam industri hiburan lebih cerah.

Sebab itulah saya katakan tadi lebih baik menjadi seperti Mak Jah yang tidak perlu untuk menyembunyikan itu dan ini tetapi masih menjadi rebutan untuk syarikat produksi memberikan tawaran.

NIEZAM: Ada juga seorang wartawan yang popular dengan panggilan Kak Jah.

Artikel Lain