suria

MIC Masih Relevan Sebagai Anggota Komponen BN - Vell Paari

KUALA LUMPUR: MIC masih relevan sebagai anggota komponen Barisan Nasional (BN), sekali gus untuk mewakili kaum India di negara ini meskipun pencapaian parti itu pada pilihan raya umum ke-13 kurang memberangsangkan, kata Pengarah Strategik MIC S. Vell Paari.

"Ramai yang berkata MIC tidak relevan...bagi saya jika tidak relevan, orang tidak akan bercakap mengenai MIC dan bila mereka tidak henti bercakap mengenai MIC, faktanya ia relevan.

"Buktinya bila ada sesuatu yang salah atau tidak betul mengenai sesuatu perkara, orang akan tanya mana MIC...mana suara MIC...orang akan cari MIC," katanya kepada Bernama selepas rakaman program Helo Malaysia edisi Tamil terbitan BernamaTV di Wisma Bernama, di sini Selasa.

Dalam pada itu, beliau menjangkakan pemilihan parti akan dijalankan pada tahun ini bagi mendapat mandat baharu daripada anggota MIC setelah ditangguhkan sejak Mac tahun lepas.

"Untuk organisasi bertambah baik, maju dan berkembang dan dalam usaha untuk memenuhi keperluan masyarakat, proses demokratik perlu diteruskan. "Pemilihan parti adalah sangat penting kerana bila adanya pemilihan, semua orang akan bekerja keras untuk mempertahankan kedudukan mereka, bukan hanya "goyang kaki". Dalam pemilihan anda akan ketengahkan pemimpin baharu," katanya. -BERNAMA

Artikel Lain