suria

Enam Pengikut Ajaran Sesat Mengaku bersalah Simpan Dokumen Langgar Syariat Islam

Beberapa orang pengikut ajaran sesat Tuhan Harun atau Tuhan 2013 dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah di Kuantan pada Selasa atas pertuduhan memiliki dokumen yang bercanggah dengan syariat Islam pada April lepas.-Foto BERNAMA

KUANTAN: Seramai enam pengikut ajaran sesat Tuhan Harun atau Tuhan 2013 yang dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah di sini ?Selasa mengaku bersalah atas pertuduhan memiliki dokumen yang bercanggah dengan syariat Islam pada April lalu.

Husin Ismail, Pius Anahong@Mahdi Abdullah, Mohd Khalilie Zazali, Syahiszam Soid, Mohd Nizam Mohd Salleh dan Mohd Shahril Mohd Jaafar didakwa melakukan kesalahan berkenaan di sebuah premis di B16-1st, Lorong Pandan Damai 2/201, Kuantan pada 6.50 petang, 4 April lalu.

Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 165, Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM500.

Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Abdul Wahid Md Ali Al-Fakwie menetapkan 27 Ogos untuk jatuh hukum berikutan wujud masalah teknikal pada barang bukti yang dirampas pada tarikh tertuduh ditangkap.

Mahkamah kemudian membenarkan kesemua tertuduh dilepaskan dengan jaminan RM1,000 tiap seorang dengan seorang penjamin.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Syarie Jabatan Agama Islam Pahang, Mohd Fahmi Abd Jalil. -BERNAMA

Artikel Lain