suria

Calon BN Kampar Nafi Guna AP Beli Lamborghini Bernilai RM 3 Juta

Calon MCA Kampar Datuk Lee Chee Leong (duduk tiga dari kanan) membuat laporan polis berhubung dakwaan yang dibuat calon DAP Dr Ko Chung Sen di ibu pejabat polis daerah Kampar di pekan Kampar pada Rabu. -Foto THE STAR

KAMPAR: Calon Barisan Nasional (BN) Kampar, Datuk Lee Chee Leong menafikan dakwaan beliau telah menyalahgunakan sistem permit import (AP) untuk membeli kereta mewah import, Lamborghini bernilai RM 3 juta.

"Saya mesti jelaskan bajawa saya tidak pernah membeli kereta seperti itu.

"Bagaimana dokumen tersebut tersebar, saya tidak pasti," katanya kepada pemberita di pejabat MCA Kampar pada Rabu.

Lee berkata demikian sebagai mengulas dakwaan lawannya di kerusi Parlimen Kampar daripada DAP, Dr Ko Chung Sen.

Terdahulu, Dr Ko mendakwa Lee telah menyalahgunakan AP yang diperolehinya untuk membeli kereta import, Lamborghini Aventador, yang didaftarkan pada 27 Mei tahun lalu.

Dr Ko berkata AP sepatutnya digunakan untuk membeli kereta tempatan untuk berkhidmat kepada rakyat dan bukannya untuk kepentingan peribadi.

Beliau turut menunjukkan kad pendaftaran sebuah kereta dengan alamat dan nama penuh Lee.

Kad tersebut juga menyatakan kereta berkenaan dikecualikan duti kastam.

Lee berkata beliau telah membuat laporan polis berhubug perkara tersebut dan akan membuat akuan bersumpah menafikan dia telah membeli kereta berkenaan pada Khamis.

"Peguam saya akan menghantar surat gesaan permohonan maaf kepada dia (Dr Ko) supaya dia menjelaskan kenyataannya dan meminta maaf sebelum pukul 12 tengah hari esok (Khamis).

"Sekiranya gagal berbuat demikian, saya sangat serius untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap dia," katanya.

Lee berkata pada hujung tahun 2011, beliau telah memperoleh AP atas kapasitinya sebagai Ahli Parlimen dan beliau telah berjumpa dengan syarikat pengedar kereta untuk membeli kereta.

"Namun pengedar kereta itu kata mereka perlu tempoh enam bulan untuk membawa masuk kereta import.

"Dia telah mencadangkan kepada saya untuk mengambil kereta import, Toyota Velfire. Saya telah menukar kereta Mercedes saya untuk membeli kereta berkenaan," katanya sambil menambah, dia perlu sebuah kereta untuk bergerak untuk melaksanakan tugasnya sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri.

Artikel Lain