suria

Yong Teck Lee Tandi Kerusi DUN Likas

Datuk Yong Teck Lee
 Datuk Yong Teck Lee
Datuk Yong Teck Lee

KOTA KINABALU: Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Likas pada pilihan raya umum 5 Mei ini.

Timbalan Presidennya Datuk Eric Majimbun yang tidak mempertahankan kerusi Parlimen Sepanggar, bertanding di kerusi DUN Inanam.

Beliau memberi laluan kepada usahawan Chin Hon Kiong untuk bertanding kerusi Parlimen Sepanggar.

Naib Presiden SAPP Datuk Dr Chua Soon Bui pula akan mempertahankan kerusi Parlimen Tawau manakala Ketua Wanita parti Melanie Chia akan mempertahankan kerusi DUN Luyang.

Ketika mengumumkan senarai calon itu di Kepayan, dekat sini, malam Rabu, Yong berkata SAPP bercadang bertanding di 41 kerusi DUN dan lapan kerusi Parlimen. Bekas Ketua Menteri Sabah itu turut mengumumkan 38 calon daripada 41 kerusi yang ingin ditandingi dan kesemua calon lapan kerusi Parlimen.

"Di kawasan di mana SAPP tidak bertanding, kita akan beri sokongan kepada calon parti pembangkang yang terkuat," katanya. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain