suria

Calon BN DUN Manjoi Sangkal Dakwaan Beliau Ahli PAS

Mohamad Ziad Mohamed
Mohamad Ziad Mohamed
Mohamad Ziad Mohamed

IPOH: PAS Perak mendakwa calon Barisan Nasional (BN) di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manjoi, Mohamad Ziad Mohamed merupakan ahli PAS yang aktif dan pernah berkempen untuk parti Islam itu pada pilihan raya umum sebelum ini.

Bagaimanapun, Mohamad Ziad yang juga menantu bekas Menteri Besar Tan Sri Tajol Rosli Mohd Ghazali menafikan dirinya merupakan ahli PAS dan memberitahu beliau menyertai Umno pada 2002.

Memandangkan dirinya mempunyai latar belakang sekolah agama, Mohamad Ziad mempunyai ramai kawan termasuk dari PAS.

"Ini tidak bermaksud jika saya menghadiri program yang dianjurkan PAS, saya adalah ahli parti itu.

"Orang ramai tidak boleh membuat tuduhan sewenang-wenangnya," katanya.

Pada sidang media awal pagi Rabu, Koordinator Jawatankuasa Isu dan Strategik PAS negeri, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss mendakwa beberapa ahli Umno tidak menyedari bahawa Mohamad Ziad adalah ahli PAS.

"Saya tidak terkejut sekiranya ahli Umno tidak sedar mengenai latar belakangnya.

"Beliau merupakan ahli PAS sejak 1997 dan sentiasa aktif di negeri ini," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain