Lahad Datu: Tidak Boleh Penggal Kepala, Potong Anggota Badan - Semasa | mStar

Lahad Datu: Tidak Boleh Penggal Kepala, Potong Anggota Badan

IPOH: Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pengganas Sulu harus dibicarakan mengikut undang-undang Malaysia kerana telah bertindak kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Beliau berkata kerajaan Malaysia tidak akan berkompromi selain menahan kumpulan penceroboh dari selatan Filipina itu kerana mereka telah bertindak kejam membunuh lapan anggota polis dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.

"Jangan ada seorang pun penceroboh terlepas...kita mahu penceroboh militan ini sama ada ditembak mati atau ditangkap hidup-hidup," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Barisan Nasional dan Badan Bukan Kerajaan kawasan Gopeng di sini, Ahad.

Ahmad Zahid tidak menolak kemungkinan bahawa pengganas dipengaruhi dadah atau menggunakan ilmu hitam sehingga bertindak kejam terhadap anggota pasukan keselamatan yang terkorban.

"Dalam undang-undang peperangan sekalipun tidak ada yang membenarkan mana-mana penceroboh atau anggota yang terlibat dalam peperangan boleh mencungkil mata, boleh penggal kepala atau memotong anggota tubuh badan.

"Apa yang mereka lakukan ini tidak boleh diterima rakyat Malaysia kerana perbuatan ini tiada belas kasihan," katanya.

Beliau berkata polis bertindak mengikut undang-undang sedia ada untuk mengambil tindakan terhadap pengganas militan itu.

"ATM (Angkatan Tentera Malaysia) apabila kita berada di barisan hadapan, kita harus musnahkan musuh...kita hormati bidang kuasa yang ada pada polis dan kita serahkan kepada polis dalam menjalankan tugas mengikut perundangan," katanya.

Ahmad Zahid menegaskan mana-mana pihak tidak perlu mempersoalkan tindakan pasukan keselamatan iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan ATM dalam insiden pencerobohan itu.

"Kita mahu memperlihatkan kepada masyarakat bahawa di dalam keadaan yang memerlukan polis dan ATM adalah pasukan yang bergerak bersama-sama sebab itu pada sidang akhbar Panglima ATM dan Ketua Polis Negara sentiasa bersama," katanya.

Mengenai tawaran gencatan senjata oleh Jamalul Kiram III, didakwa dalang pencerobohan itu, beliau berkata Malaysia tidak akan berkompromi dengan pihak tersebut kerana tiada tanda-tanda mereka akan bertindak demikian.

"Saya telah berada di ground zero dan saya dapat merasakan bahawa mereka memang berhasrat untuk terus menduduki kawasan-kawasan diceroboh kerana mereka (pengikut) telah dijanjikan sejumlah wang dan dijanjikan dengan tanah untuk ladang-ladang di Sabah oleh Jamalul Kiram dan pemimpin-pemimpin lain," katanya. BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

Artikel Lain