suria

Malindo Air Lancar Penerbangan Pertama Pada 22 Mac

Pramugari- pramugari Malindo Air memperagakan pakaian seragam pada majlis menandatangani persetujuan persefahaman antara kakitangan dengan Malindo Air serta pelancaran produk dan servis di Putrajaya, Khamis. Malindo Air, syarikat penerbangan hibrid Malaysia yang pertama, telah mendapat pembiayaan US$1.1 bilion dari US Export-Import Bank bagi membeli 27 pesawat Boeing 737-900ER.

 -fotoBERNAMA

PUTRAJAYA: Malindo Air bersedia untuk melancarkan penerbangan pertamanya pada 22 Mac ini setelah berjaya mendapatkan sijil pengendalian udara (AOC) daripada Jabatan Penerbangan Awam bulan lepas.

Sebagai permulaan, syarikat penerbangan kos rendah kedua negara ini akan menawarkan tambang inklusif ke Kuching bermula dari RM38, manakala perjalanan ke Kota Kinabalu bermula pada RM68.

Syarikat penerbangan akan beroperasi menggunakan pesawat Boeing 737-900ER yang masing-masing mempunyai kapasiti 180 tempat duduk dan mampu berkhidmat ke destinasi dalam tempoh lima dan setengah jam.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha menyerahkan AOC kepada Ketua Pegawai Eksekutif Malindo Air, Chandran Rama Muthy dalam satu majlis di Hotel Marriott Putrajaya pada Khamis.

"Dengan adanya Malindo Air sebagai syarikat penerbangan yang baru di negara ini, ia akan merangsang syarikat penerbangan lain untuk terus menawarkan perkhidmatan yang lebih baik dalam usaha untuk menarik pelanggan," kata Kong dalam ucapan perasmian beliau.

Malindo adalah usahasama antara Malaysia Nadi Sdn Bhd dan syarikat penerbangan domestik terbesar Indonesia, Lion Air di bawah syarikat induk PT Lion Group.

Artikel Lain