suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dr Haron Din Sah Bertanding Kerusi Parlimen Arau

Datuk Dr Haron Din
Datuk Dr Haron Din
Datuk Dr Haron Din

KANGAR: Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din yang kalah dua kali bagi kerusi parlimen Arau pada pilihan raya umum 2004 dan 2008 akan menguji keupayaannya sekali lagi bagi kerusi parlimen yang sama pada pilihan raya umum ke-13.

Beliau yang ditemui media selepas merasmikan bilik gerakan PAS parlimen Arau di Simpang Empat dekat sini malam Rabu mengesahkan untuk menjadi calon parti itu bagi kerusi yang kini dikuasai Barisan Nasional.

Haron, 73, pertama kali bertanding kerusi parlimen Arau pada 2004 tetapi kalah kepada Datuk Seri Diraja Syed Razlan Putra Jamalullail manakala pada 2008 pula dikalahkan Datuk Ismail Kasim. BERNAMA

Artikel Lain