suria

15 Rumah Setinggan Di Alor Setar Musnah Dalam Kebakaran

Kelihatan mangsa Soh Liep Seng, 59, (kanan) yang ditemani dua anaknya Soh Chun Keat, 28, (tengah) dan Soh Phei lyin, 16, (kiri) bertungkus lumus mencari barangan berharga di kawasan rumahnya yang terbakar di Kampung Palaniappa Seberang Kereta Api di Alor Setar, Jumaat. Dalam kejadian kira-kira 10 malam Khamis, 11 rumah setinggan hangus iaitu sembilan musnah dan dua lagi separuh musnah. Jabatan Bomba dan Penyelamat Alor Setar menerima panggilan pada 10.17 malam dan tiba di tempat kejadian 10 minit kemudian dengan kekuatan 16 jentera dan 140 anggota yang dikerah memadamkan api. Kebakaran tersebut berjaya dikawal dalam masa 15 minit. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan. -fotoBERNAMA

ALOR SETAR: Lima belas rumah setinggan di Batu Satu, Jalan Sungai Korok berhampiran Tanjung Bendahara di sini musnah dalam satu kebakaran malam Khamis.

Pengarah Bomba dan Penyelamat Negeri Kedah Ahmad Shahabuddin berkata sekurang-kurangnya lapan rumah hangus terbakar, manakala selebihnya separuh musnah.

Katanya keadaan perumahan yang sesak dan terletak berdekatan antara satu sama lain menyebabkan banyak rumah musnah kerana api marak dengan begitu pantas.

Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan kebakaran pada 10.17 malam, dan anggota serta jentera bomba tiba 10 minit kemudian dan dapat mengawal kebakaran dalam tempoh 15 minit.

"Kami menghantar empat jentera, satu dari balai Jalan Raja dan tiga dari balai Alor Setar. Kami dibantu 13 jentera bomba sukarela. Anggota kami seramai 30 orang manakala bomba sukarela 90 orang," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Katanya semua mangsa yang terlibat selamat dan tiada sebarang kecederaan berlaku dalam kejadian kebakaran itu.

"Punca awal difahamkan dari bahagian tengah...rumah kosong, tak ada penghuni. Tak taulah penghuni dia balik kampung ke macam mana. Punca kebakaran dan kerugian masih dalam siasatan," katanya. - BERNAMA

Artikel Lain