suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kelindan Maut Nahas Dua Lori

KUANTAN: Seorang kelindan lori maut selepas lori yang dinaikinya dirempuh sebuah lori lain di Km 10 Jalan Lipis-Merapoh dekat Kuala Lipis pada Khamis.

Dalam kejadian pada 3.30 petang itu, mangsa, Rizal Zainol, 34, dari Sungai Petani, Kedah mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Pegawai Penguatkuasa Tadbir/Trafik Ibu pejabat Polis Kontinjen Pahang ASP Zainalabidin Othman berkata ketika kejadian, kedua-dua lori itu sedang dalam perjalanan dari arah Lipis menuju ke Merapoh.

"Semasa menaiki bukit, lori jenis Mitsubishi itu telah merempuh bahagian belakang lori 32 jenis Mercedes yang dinaiki mangsa," katanya.

Kedua-dua pemandu lori berkenaan bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan, katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Lipis untuk dibedah siasat. BERNAMA

Artikel Lain