suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ahli Perniagaan Singapura Dakwa Ditipu Agensi Umrah & Haji

KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan warga Singapura membuat laporan polis kerana mendakwa ditipu sebuah agensi pengurusan haji dan umrah tempatan yang dikendalikan seorang wanita.

Pengarah syarikat pengurusan umrah yang beroperasi di Johor Baharu, Jamaluddin Mohammad, 53, mendakwa wanita berkenaan tidak menjelaskan bayaran penerbangan membabitkan seramai 202 jemaah umrah menyebabkan syarikatnya kerugian lebih RM500,000.

Jamaluddin berkata beliau mengenali wanita itu melalui seorang rakan dan pernah berurusan beberapa kali dengannya dalam urusan jemaah umrah dan haji sejak 2011.

"Namun kali terakhir pada tahun lepas beliau tidak menjelaskan bayaran membabitkan 202 jemaah yang saya kendalikan," katanya kepada Bernama.

Beliau yang berasa dirinya ditipu telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak pada Khamis lepas.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak ACP Abdul Rahim Abdullah yang dihubungi Bernama hari ini berkata siasatan sedang dijalankan terhadap laporan ahli perniagaan itu. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain