suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

13 Pemilik Perniagaan Di Bukit Setiawangsa Akan Tuntut Ganti Rugi Untuk Diteliti Kabinet

KUALA LUMPUR: Sejumlah 13 lot kedai yang menjalankan perniagaan di Bukit Setiawangsa dan terpaksa berpindah selepas benteng penahan berhampiran runtuh, boleh mengemukakan jumlah kerugian yang ditanggung mereka untuk diteliti, kata Ahli Parlimen Setiawangsa Datuk Seri Zulhasnan Rafique.

Bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat tertutup antara pemilik lot kedai dan pemaju I & P Group Sdn Bhd, Zulhasnan berkata peniaga diberitahu supaya menyusun maklumat ringkas termasuk yuran sewa dan bilangan pekerja syarikat mereka.

"Mereka juga boleh memasukkan jumlah kerugian yang ingin dituntut.

"Ia akan dimasukkan ke dalam memorandum yang akan dikemukakan kepada mesyuarat Kabinet tidak lama lagi," kata Zulhasnan, Khamis.

Beliau menjelaskan tuntutan mereka akan dipertimbangkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Kementerian Wilayah Persekutuan dan bukan oleh pemaju I & P Sdn Bhd.

"Bergantung kepada sifat perniagaan mereka, kos yang ditanggung akibat bencana alam akan dipertimbangkan," katanya.

Artikel Lain