suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

25 Pengesan Gempa Bumi Di Pasang di Seluruh Negara

KUALA LUMPUR: Sebanyak 25 pengesan kejadian gempa bumi di negara ini akan dipasang, kata Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Fadillah Yusof.

Sebanyak 15 daripada pengesan berkenaan telah pun dipasang di 10 lokasi di Lembah Klang bagi mengesan gerakan seismos yang kuat.

Sementara 20 lagi akan dipasang menjelang 2014, kata Fadillah ketika menjawab soalan lisan Hamim Samuri (BN-Ledang) di Dewan Rakyat pada Khamis.

Pemasangan alat pengesan berkenaan dibuat selepas ‘Kajian Risiko dan Bahaya Gempa Bumi dan Tsunami' bernilai RM3.37 juta dijalankan oleh Akademi Sains Malaysia.

Kajian itu mendapati bahawa Sarawak dan Sabah merupakan kawasan berisiko gempa bumi sederhana manakala Semenanjung Malaysia pula berisiko rendah.

Beliau turut mengesahkan kajian spesifik turut dijalankan di Lahad Datu dan Ranau, Sabah dan Bukit Tinggi, Pahang.

“Mengikut rekod daripada September hingga November, gempa bumi skala kurang daripada 4 rikter dikesan di Beluran, Kota Marudu, Tambunan dan Kudat,” katanya.

Jelasnya, Institut Kejuruteraan Kebangsaan telah mengeluarkan Kod Bangunan Malaysia yang perlu digunapakai dalam perancangan dan pembinaan struktur-struktur utama dan kritikal dalam menghadapi risiko kemungkinan gempa bumi.

Fadillah yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya berkata Global Positioning System (GPS) dan pengesan seismos dipasang di kawasan-kawasan yang dikenalpasti untuk memantau kejadian tsunami dan impak yang mungkin dihadapi.

Ia merangkumi amaran 10 minit lebih awal bagi tsunami berdasarkan amaran tsunami global yang dikeluarkan.

Artikel Lain