suria

Warga Pengerang Dihalang Adakan Sidang Media Di Lobi Parlimen

KUALA LUMPUR: Sekumpulan penduduk Pengerang, Johor dihalang daripada mengadakan sidang media di kawasan yang dikhaskan untuk Ahli Parlimen apabila mereka cuba bercakap kepada wartawan berhubung satu kempen untuk menghalang pemindahan kawasan perkuburan nenek moyang mereka.

Kejadian itu bermula apabila pengawal Parlimen mengheret aktivis Ng Sim Seng San, yang enggan berganjak pada mulanya, dan juga seorang lagi rakannya Yap Lay Yen.

Sambil menarik tangan Sim, pengawal itu memberitahu aktivis berkenaan bahawa kawasan itu dikhaskan untuk Ahli Parlimen.

Tindakan pengawal itu bagaimanapun cuba dihalang Ahli Parlimen Bakri Er Teck Hwa yang berkata pengawal tersebut tidak boleh memegang wanita berkenaan.

Pengawal berkenaan berkata, peraturan baru itu telah ditetapkan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang tidak membenarkan mana-mana individu selain daripada Ahli Parlimen mengadakan sidang media di kawasan tersebut.

Sim dan Yap kemudiannya sekali lagi dihalang oleh pengawal apabila bercakap dengan pemberita di luar kawasan sidang media tersebut.

Pengawal tersebut kemudiannya beredar apabila diberitahu bahawa peraturan itu hanya dikuatkuasakan untuk kawasan yang dikhaskan bagi sidang media.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain