suria

SPA Masih Tunggu Laporan Kes Khalwat Ketua Pengarah Kesihatan

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) belum menerima laporan daripada jawatankuasa tatatertib Kementerian Kesihatan berhubung kes khalwat Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman (gambar).

Pengerusi SPA Tan Sri Mahmood Adam berkata bentuk tindakan yang akan dikenakan SPA ke atas Dr Hasan bergantung kepada laporan yang dikemukakan kementerian dan jabatan berkaitan

"Sehingga waktu ini, kami belum menerima apa-apa dari kementerian itu. Setiap Isnin kita akan adakan mesyuarat SPA dan Isnin depan (19 Nov di Sabah) akan ada satu mesyuarat.

“Jadi apa bentuk tindakan itu kita akan buat dalam mesyuarat," katanya pada sidang media sebelum menandatangani memorandum persefahaman antara SPA dan agensi pekerjaan Kayell Sdn Bhd, di sini Jumaat..

Rabu lepas, Dr Hasan, 56, dan pasangannya Wan Syarifah Nooraazmanita Wan Hassan, 36, masing-masing didenda RM3,000 dan RM2,900 oleh Mahkamah Tinggi Syariah setelah mengaku bersalah atas tuduhan berkhalwat di sebuah bilik Hotel Pullman Putrajaya, di sini kira-kira 2.18 pagi hari yang sama. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain