suria

Ketua Pemuda PAS Isytihar Aset

KOTA BARU: Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan Tantawi pada Khamis memulakan langkah pertama dengan mengisytiharkan aset miliknya bagi membuktikan ketelusan pemimpin sayap parti itu.

Malah menurut beliau, langkah pendedahan aset secara terbuka itu akan turut dilaksanakan oleh semua calon Pemuda PAS yang dipilih menjadi calon Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.

"Pada hari ini saya memulakan gimik deklarasi aset milik saya dan selepas ini kita akan mendedahkan kepada umum aset wakil Pemuda PAS sekiranya mereka menjadi calon," katanya ketika menyampaikan ucapan penangguhan Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat ke-53 di sini, Khamis.

Terdahulu Nasrudin menerima borang pengisytiharan harta daripada Jawatankuasa Pemuda PAS Pusat.

Langkah tersebut bagi menunjukkan ketelusan barisan kepimpinan Pemuda PAS Pusat walaupun mungkin tidak semua dicalonkan pada PRU-13.

Menurut Nasrudin, pendapatan bulanannya ialah sebanyak RM2,800 iaitu RM2,500 adalah daripada elaun Pemuda PAS sebagai ahli politik sepenuh masa manakala bakinya daripada wang sewaan rumah miliknya.

Artikel Berikut

Artikel Lain