suria

Malaysia Jadi Hos Para Pemimpin China Seluruh Dunia - Muhyiddin

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (lima kiri) bersama Gabenor Victoria, Alex Chernov (enam kanan) memotong riben sebagai simbolik perasmian Forum Ekonomi China Dunia ke-4 (WCEF) di Pusat Konvensyen Melbourne, Australia, Isnin. Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI), Tan Sri Dr Michael Yeoh (empat kanan) dan presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek (tiga kanan). -fotoBERNAMA
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (lima kiri) bersama Gabenor Victoria, Alex Chernov (enam kanan) memotong riben sebagai simbolik perasmian Forum Ekonomi China Dunia ke-4 (WCEF) di Pusat Konvensyen Melbourne, Australia, Isnin. Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI), Tan Sri Dr Michael Yeoh (empat kanan) dan presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek (tiga kanan). -fotoBERNAMA
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (lima kiri) bersama Gabenor Victoria, Alex Chernov (enam kanan) memotong riben sebagai simbolik perasmian Forum Ekonomi China Dunia ke-4 (WCEF) di Pusat Konvensyen Melbourne, Australia, Isnin. Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI), Tan Sri Dr Michael Yeoh (empat kanan) dan presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek (tiga kanan). -fotoBERNAMA

MELBOURNE: Malaysia menjadi hos kepada ramai pemimpin perniagaan China dari banyak bahagian dunia, termasuk dari China, Indonesia, Amerika Syarikat, Singapura dan Australia bagi melakukan perniagaan, yang bukan sahaja dengan Cina Malaysia malah dengan kesemua rakyat Malaysia yang memahami etika dan nilai China.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata banyak perniagaan itu menggunakan Malaysia sebagai satu platform bagi melancarkan produk dan perkhidmatan untuk memasuki pasaran berBahasa Inggeris yang lain, India dan Timur Tengah disebabkan penduduk Malaysia yang pelbagai bahasa dan hubungan kebudayaan dengan banyak bahagian di dunia.

Semasa menyampaikan ucaptama pada Forum Ekonomi China Dunia (WCEF) ke-empat di sini Isnin, Muhyiddin berkata Malaysia bertuah kerana mempunyai 24 peratus atau tujuh juta rakyat yang merupakan etnik China dan mereka boleh bertutur Mandarin, Hokkien, Kantonis, Hakka, Teochew, Fuchow dan banyak dialek lain.

Katanya Malaysia adalah satu-satunya negara di luar China yang menyediakan sistem pendidikan Mandarin yang lengkap kepada rakyatnya dan terdapat ramai juga rakyat Malaysia yang berlatarbelakangkan bukan China belajar di sekolah Mandarin yang menyediakan rakyat Malaysia hubungan yang baik dengan 50 juta China seberang laut dan lebih 1.3 bilion rakyat China.

"Selain keupayaan berkomunikasi dan memahami, wujud banyak hubungan perniagaan di dalam perdagangan dan pelaburan berikutan adanya jumlah penduduk China yang besar di," katanya.

Sebagai contoh, Robert Kuok adalah salah seorang rakyat Malaysia yang terkenal dan kaya yang mempunyai empayar perniagaan melangkaui Asia Tenggara dan China, kata Muhyiddin.

Semasa krisis kewangan 2008, Muhyiddin berkata dua kumpulan komuniti perniagaan dapat menampan manipulasi kewangan dan salah satu daripadanya ialah China atau entiti perniagaan yang diketuai China seberang laut selain mereka yang terlibat dalam perniagaan halal.

Katanya, forum itu yang pertama kali diadakan di luar Malaysia, memberi kelebihan untuk menjalin hubungan kukuh dengan China seberang laut dari seluruh dunia.

Ramai orang melihat China seberang laut sebagai hubungan dengan China tetapi terlepas pandang faktor hubungan yang sama juga penting iaitu hubungan China seberang laut di negara lain, katanya, sambil menyatakan bahawa ini dapat dilihat dengan lebih jelas di kalangan negara-negara Asean, yang didiami lebih 60 peratus penduduk China seberang laut.

"Sejarah menunjukkan bahawa walau pun sebelum diwujudkan hubungan rasmi antara negara, perdagangan di kalangan rakyat China seberang laut sememangnya sudah berkembang pesat.

"Pada masa lampau, mana-mana China yang baru tiba di sesuatu tempat hanya perlu pergi ke mana-mana bandar China untuk mendapatkan bantuan di segi tempat tinggal, pekerjaan dan malah akses mendapatkan kredit."

"Pada zaman moden ini, orang ramai tidak lagi memasuki bandar China untuk mencari pekerjaan. Sebaliknya, mereka berjalan ke mana-mana Dewan Perniagaan China bagi mencari hubungan perniagaan dan peluang," katanya.

Muhyiddin berkata "kepercayaan" adalah kebolehan yang dipercayai bank, terutama sekali kepercayaan di kalangan perniagaan China dan telah diketahui bahawa langkah berjabat tangan antara dua ahli perniagaan China adalah sebaik kontrak bersama.

"Kebolehpercayaan disambut baik. Seseorang orang kaya yang integritinya diragui akan disisih. Perkara yang menakjubkan mengenai kebolehpercayaan ini ialah ia melangkaui sempadan negara," katanya, sambil menyatakan seorang ahli perniagaan China di tanah besar China dan ahli perniagaan China seberang laut di mana sahaja memegang nilai yang sama di dalam perniagaan dan perdagangan."

Muhyiddin berkata Australia, yang secara geografinya hampir kepada Asean dan China, dan mempunyai jumlah China Australia yang besar, secara semula jadinya berada pada kedudukan baik untuk berkembang dengan Asean dan China.

"Kita mempunyai sumber semula jadi, kemahiran, teknologi dan kekayaan yang berbeza. Perdagangan dan pelaburan di kalangan kita akan memperuntukkan sumber ke tempat yang amat diperlukannya pada harga yang kompetitif," katanya.

Muhyiddin berkata cara terbaik melakukannya ialah dengan bekerjasama dengan rakan Australia.

"Sebaik mewujudkan dan mengaktifkan perniagaan, kemudiannya lihatlah ke arah Asean dan China bagi memasarkan apa yang anda tawarkan dan dari situ ke bahagian lain di dunia," katanya.

Katanya terdapat banyak kerangka bagi menjalin kerjasama dari dua hala hingga kepada pelbagai hala.

"Kerangka kerjasama sememangnya sudah wujud. apa yang kita perlukan sekarang ini untuk menggunakan peruntukan berkenaan dan mengambil kesempatan daripada konsesi yang tersedia," katanya.

Sambil mengiktiraf China sebagai satu kuasa ekonomi yang kuat, Muhyiddin mencadangkan supaya melihat melangkaui bandar raya Tingkat Satu China, seperti Beijing dan Shanghai, yang cepat matang kerana terdapat lebih 80 bandar raya di China, yang mempunyai penduduk lebih sejuta orang.

"Bandar raya pastinya menyediakan peluang perniagaan lebih besar dengan kuasa membeli yang baik."

"Walau pun komponen demografi bandar raya ini berbeza antara satu dengan lain, saya pasti komuniti perniagaan China di seluruh dunia akan dapat menyediakan perkhidmatan bagi setiap pasaran dengan keperluan dan keinginan yang khusus," katanya.

Muhyiddin berkata komuniti perniagaan Malaysia boleh juga meneroka pasaran pedalaman China yang belum diteroka, terutama sekali di dalam industri pelancongan dan halal.

Statistik terbaharu menunjukkan eksport Malaysia merupakan 5.1 peratus daripada eksport global keseluruhannya, katanya.

"Saya percaya bahawa industri halal negara yang besar dapat menampung keperluan 20 juta rakyat Islam di China. Ikatan strategik dengan wilayah seperti Xinjiang, Gansu dan Ningxia akan turut membolehkan kita bukan sahaja menembusi pasaran halal yang besar malah juga negara yang mempunyai majoriti rakyat Islam yang berjiran dengan China," katanya.

Pada forum itu, yang dihoskan oleh Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (Asli), Muhyiddin telah dianugerahi Anugerah Khas Penaung "Murah Hati" bagi sokongannya terhadap komuniti China. - BERNAMA

Artikel Lain