suria

Barisan Atlet Negara Mendoakan Kebahagiaan Chong Wei - Mew Choo

Pemain Badminton Negara, Datuk Lee Chong Wei berjalan masuk bersama isterinya Datin Wong Mew Choo pada majlis resepsi perkahwinannya di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), malam Sabtu. -fotoBERNAMA
Pemain Badminton Negara, Datuk Lee Chong Wei berjalan masuk bersama isterinya Datin Wong Mew Choo pada majlis resepsi perkahwinannya di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), malam Sabtu. -fotoBERNAMA
Pemain Badminton Negara, Datuk Lee Chong Wei berjalan masuk bersama isterinya Datin Wong Mew Choo pada majlis resepsi perkahwinannya di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), malam Sabtu. -fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Barisan atlet negara meluangkan masa untuk menghadiri majlis makan malam perkahwinan Datuk Lee Chong Wei dan Datin Wong Mew Choo di sini.

Mereka tampak bergaya apabila mengenakan Tuxedo dan gaun makan malam yang indah ketika berjalan di permaidani merah semasa majlis resepsi di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur malam Sabtu.

Kira-kira 1,800 tetamu menghadiri acara yang diadakan pada malam kedua.

Lee kelihatan kacak dengan Tuxedo warna krim dan 'bow-tie' manakala Wong memakai gaun putih dengan tiara.

Lee kemudiannya memakai Tuxedo hitam manakala Wong menukar pakaian kepada gaun merah untuk menyertai tetamu mereka makan malam.

Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor tiba pada kira-kira pukul 9.15 malam.

Antara tetamu yang hadir ialah ratu terjun Pandelela Rinong Pamg, yang membawa pulang pingat gangsa bersama-sama dengan Lee dari Sukan Olimpik London tahun ini, jurulatih perseorangan badminton negara Rashid Sidek, bekas pemain Wong Choon Hann dan bekas jurulatih Yap Kim Hock.

Tetamu lain termasuklah Tun Dr Ling Liong Sik serta Ketua Biro Perkhidmatan dan Pengaduan Awam MCA Datuk Seri Michael Chong.

Para tetamu berharap pasangan itu akan diberkati dan dikurniakan cahaya mata pada masa hadapan.

"Saya harap dia dan isterinya akan melahirkan seorang lagi pemain badminton bertaraf dunia," kata Rosmah.

Choon Hann, yang mengenali kedua-dua pasangan yang baru berkahwin ini sejak di akademi badminton, berharap "mereka akan diberkati dengan bayi 'superstar'.

Chong percaya Lee akan menjadi pemain yang lebih hebat dengan seorang wanita di belakangnya untuk memberi sokongan dan galakan.

Lee, pemenang pingat perak Olimpik sebanyak dua kali berkahwin dengan Wong, teman wanitanya selama 11 tahun, semasa majlis jamuan teh yang diadakan secara tertutup di rumahnya pada Jumaat.

Sementara itu, bapa Lee, Lee Ah Chai menyatakan kekecewaan beliau kerana tidak dijemput dalam majlis resepsi pertama anaknya pada malam Jumaat.

Beliau menulis mesej di laman Facebook, mendakwa dia tidak menerima jemputan ke majlis tersebut.

China Press memetik beliau sebagai berkata bahawa beliau tidak mempunyai niat buruk dengan menyiarkan mesej.

"Saya hanya tidak mempunyai peluang untuk menghadirinya. Saya harap rakyat tidak akan membuat spekulasi mengenai ketiadaan saya," katanya.

Abang Chong Wei mengesahkan bapanya tidak menghadiri resepsi tetapi enggan mengulas lanjut.

Artikel Berikut

Artikel Lain