40 Peratus Calon Muda Pas Pada PRU-13 - Semasa | mStar

40 Peratus Calon Muda Pas Pada PRU-13

KUALA LUMPUR: PAS akan membariskan kira-kira 40 peratus calon golongan muda pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13, kata Setiausaha Dewan Pemudanya Khairul Faizi Ahmad Kamil.

Beliau berkata inisiatif meletakkan calon di bawah 40 tahun untuk kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) dibuat bagi memanfaatkan bakat yang ada serta pendapat bernas golongan itu selain memberi lebih ruang kepada generasi baharu itu bersuara dalam arena politik Malaysia.

"Kalau dapat, kami akan tonjolkan calon berpotensi (mewakili PAS) daripada Dewan Pemuda PAS pada Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat Kali Ke-53 di Kelantan pada pertengahan bulan ini," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.

Muktamar Dewan Pemuda PAS akan diadakan pada 14 dan 15 November di Kota Baharu, Kelantan, sementara Muktamar Agung PAS akan diadakan pada 16 hingga 18 November, bertemakan "Negara Berkebajikan Teras Perpaduan' di Pengkalan Chepa, Kelantan.

"Memang fokus (muktamar) adalah pilihan raya. Harapannya selepas muktamar, kami akan gariskan beberapa perkara dan ia akan memberi tonik baharu kepada perwakilan," kata Khairul Faizi. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

Artikel Lain

Ronaldo, Georgina berkahwin secara senyap?