suria

Google Malaysia Sekat Klip Video Hina Islam

PETALING JAYA: Google Malaysia menyekat akses laman YouTube klip video kontroversi 'Innocence of Muslims' sebagai respons kepada aduan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Sesiapa yang cuba melayari video itu dari alamat penyedia Internet Malaysia (IP) akan menerima mesej yang berbunyi:'Kandungan video ini tidak didapati di negara anda kerana aduan undang-undang. Maaf mengenai perkara ini.'

Pegawai Komunikasi dan Perhubungan Awam Google Malaysia, Zeffri Yusof mengesahkan video tersebut telah disekat di Malaysia.

"Di mana kami telah melancarkan laman Youtube tempatan dan kami diberitahu bahawa sebuah video adalah haram di negara ini, kami akan menyekat akses kepada video tersebut selepas pemeriksaan teliti," katanya pada Isnin.

Video tersebut turut disekat di beberapa negara termasuk Indonesia, India dan Mesir.

MCMC telah menfailkan aduan rasmi kepada Google pada Sabtu berhubung video tersebut.

Artikel Lain