19 Lelaki Nigeria Ditahan Dalam Operasi 'Awang Hitam'

KUALA LUMPUR: Sembilan belas lelaki Nigeria adalah antara 35 warga asing yang ditahan dalam dua operasi di Desa Aman Puri dan Metro Prima, Kepong, di sini awal pagi Sabtu.

Penolong Pengarah Ketua Bahagian Penguatkuasaan Imigresen Kuala Lumpur James Musa Singa berkata operasi "Awang Hitam" itu susulan aduan orang ramai mengenai kebanjiran lelaki Afrika yang sering mencetuskan kekacauan di kawasan tersebut.

Mereka yang berusia antara 20 hingga 40 tahun itu ditahan kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah, selain turut didapati menggunakan permit perniagaan rakyat tempatan untuk membuka perniagaan restoran mereka di situ, katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata turut ditahan masing-masing lima lelaki dari Bangladesh dan Myanmar, serta enam wanita iaitu empat dari Thailand serta masing-masing seorang dari Uganda dan Indonesia.

Mereka ditahan kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah, katanya. Operasi selama dua jam itu berakhir pukul dua pagi Sabtu. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain