suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Agong Sampaikan Darjah Kepahlawanan Kepada 126 Pegawai & Anggota PDRM

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada Selasa berkenan menyampaikan Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis kepada 126 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) sempena sambutan Hari Polis ke-125 di Istana Negara di sini.

Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah turut berangkat menghadiri istiadat itu.

Hadir sama Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.

Pengarah Jabatan Pengurusan PDRM Bukit Aman Datuk Mortadza Nazarene mendahului senarai penerima dengan penganugerahan darjah kelas pertama Panglima Gagah Pasukan Polis (PGPP).

Seramai 15 orang dikurniakan Darjah Panglima Setia Pasukan Polis termasuk Timbalan Pengarah (Cawangan Khas Bukit Aman) Datuk Zamri Yahya, Penolong Pengarah (Cawangan Khas Bukit Aman) Datuk A. Rahman Ahmad dan Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Pentadbiran) Datuk Ramli Din.

Tuanku Abdul Halim turut menyampaikan Darjah Pahlawan Pasukan Polis (PPP) kepada 25 penerima, Darjah Kesatria Pasukan Polis (KPP) kepada lima penerima dan Darjah Bentara Pasukan Polis (BPP) kepada 80 penerima. - BERNAMA

Artikel Lain