suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

ADUN Chenor Meninggal Dunia

PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenor, Datuk Tan Mohd. Aminuddin Ishak yang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), Temerloh, meninggal dunia pada pukul 8.55 pagi Selasa.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Hal Ehwal Felda negeri itu dimasukkan ke Hoshas pada 8 Jun lalu selepas mengalami cirit-birit dan kehilangan banyak darah akibat keracunan makanan.

Bagaimanapun, ADUN itu ditempatkan di ICU hospital berkenaan kerana mengalami komplikasi jantung dan tekanan darah rendah.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri Datin Nooraihan Mohamad dan dua orang anak.

Anak jati Chenor itu merupakan Ketua Umno Bahagian Maran dan telah lima penggal menjadi anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Chenor.

Beliau juga pernah menjawat jawatan Timbalan Menteri Besar Pahang sebelum ini.

Jenazah allahyarham dijangka dikebumikan petang ini di Tanah Perkuburan Islam Chenor.

Artikel Lain