suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kematian Bayi Lelaki Tiada Unsur Jenayah

KUALA LUMPUR: Bedah siasat ke atas bayi lelaki berusia enam bulan yang merupakan anak kepada seorang wartawan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) menunjukkan kematiannya pada Rabu tiada unsur jenayah.

Ali Imran Mohd Noordin, 30, berkata pihak Hospital Serdang yang melakukan bedah siasat itu pada 8.30 pagi Khamis memaklumkan anaknya, Aryaan Hafizh, meninggal dunia akibat 'Sudden Infant Death Syndrome'.

"Keputusan bedah siasat oleh doktor pakar di hospital itu mendapati organ anak saya berfungsi dengan normal dan tidak terdapat tanda perlakuan jenayah," katanya ketika dihubungi Bernama, Khamis.

Ali Imran, wartawan di Meja Rencana Bernama, berkata jenazah anaknya akan disolatkan di Masjid Ar-Rahimah, Taman Greenwood, sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Selaseh Fasa 2, Gombak, selepas solat Asar.

Aryaan Hafizh disahkan meninggal dunia pada 5.50 petang Rabu di Hospital Serdang selepas dibawa menerima rawatan ekoran keadaannya yang lemah ketika berada di bawah jagaan sebuah pusat asuhan di Jenderam Hulu, Bandar Baru Salak Tinggi.

Sehubungan itu, Ali Imran berkata beliau tidak berhasrat mengambil apa-apa tindakan terhadap pusat asuhan terbabit.

Beliau membuat laporan polis di hospital berkenaan pada Rabu berikutan kematian bayi itu. - BERNAMA

Artikel Lain