suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

14 Wanita Ditahan Dalam Serbuan Pelacuran Di Brickfields

KUALA LUMPUR: Polis menahan 12 wanita rakyat Indonesia dan dua wanita tempatan dalam serbuan di sebuah rumah kedai yang dijadikan pusat pelacuran di Jalan Thambypillai, Brickfields malam Sabtu.

Pegawai Turus Cawangan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) Deputi Superintenden Azman Mohd Isa berkata, wanita berusia lingkungan 22 dan 46 tahun itu ditahan kerana menyalahgunakan pas lawatan sosial dengan melakukan aktiviti tidak bermoral.

Beliau berkata, turut ditahan dua penjaga premis bersama empat pelanggan berusia 20 hingga 30 tahun.

"Pusat pelacuran ini sudah beberapa kali kita serbu, kali terakhir pada 25 Mei lepas. Tetapi mereka tetap berdegil dan terus menawarkan khidmat seks dengan harga serendah RM30," katanya kepada pemberita di lokasi serbuan.

Operasi sejam yang berakhir 9.30 malam itu disertai empat pegawai dan 16 anggota IPKKL.

Azman berkata, polis turut merampas beberapa bungkusan kondom dan semua yang ditahan dibawa ke IPKKL untuk siasatan lanjut. - BERNAMA

Artikel Lain