suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

AADK Buat Ujian Rambang Ke Atas Pelajar

KUCHING: Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Sosial (KPS) bercadang melaksanakan ujian air kencing secara rambang ke atas pelajar sekolah sebagai langkah membanteras aktiviti penyalahgunaan dadah di kalangan belia.

Menteri Pembangunan Sosial Tan Sri William Mawan Ikom berkata pelaksanaan ujian rambang itu akan dibuat dalam masa terdekat dengan kerjasama pelbagai agensi penguatkuasa berkaitan.

"Kita tidak boleh ambil mudah gejala penyalahgunaan dadah ini dan walaupun masa pelajar banyak di sekolah, mereka juga berada di luar dan bukannya 24 jam di bawah kawalan pihak sekolah," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah (MTMD) Peringkat Negeri di Wisma Bapa Malaysia di sini, Rabu.

Mawan berkata kerajaan menerusi AADK dijangka mewujudkan Klini Pemulihan dan Prihatin 1Malaysia di Limbang, Sibu dan Sri Aman selepas pusat seumpamanya diwujudkan di Kuching manakala sebuah cawangan mini klinik di Miri.

Rumah Komuniti telah dibuka di Bintulu dan Kuching manakala satu lagi akan dibuka di Kampung Judan di Mukah dan beroperasi pada tahun ini, katanya. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain