suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

ADUN Seri Kembangan Diserang Dua Lelaki

PETALING JAYA: ADUN Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah telah membuat laporan polis yang mendakwa bahawa beliau telah diserang oleh dua orang lelaki di Serdang, awal pagi Jumaat.

Dalam kejadian pada pukul 1.30 pagi, lelaki terbabit telah menemui ahli politik di sebuah restoran mengatakan mereka tidak gembira dengan pemindahan pasar basah di Seri Kembangan.

Difahamkan bahawa pertengkaran berlaku dan Ean Yong telah ditumbuk di muka. Lelaki terbabit turut mengancam beliau.

Beliau mengalami kecederaan di dagu dan membuat laporan di Balai polis Serdang. Polis sedang menyiasat kes terhadap jenayah intimidasi.

Ketua Polis Daerah Serdang Abdul Razak Eli mengesahkan bahawa laporan mengenai kejadian itu telah dibuat.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain