suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

14 Tukang Urut Thailand Ditahan Salah Guna Pas Lawatan Sosial

MELAKA: Jabatan Imigresen Melaka menahan 14 rakyat Thailand dipercayai tukang urut dalam operasi penguatkuasaan di kompleks membeli-belah di Banda Hilir di sini, Jumaat.

Pengarahnya Kamalludin Ismail berkata mereka yang ditahan dalam operasi bermula pada paukul 4.50 petang hingga 7 malam itu terdiri daripada 12 wanita dan dua lelaki berusia antara 28 dan 53 tahun.

Beliau berkata kesemua mereka ditahan ketika sedang mengurut pelanggan di dua premis dalam kompleks berkenaan.

"Hasil pemeriksaan mendapati, kesemua mereka masuk menggunakan pas lawatan sosial tetapi menyalahguna pas itu dengan bekerja sebagai tukang urut," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di sini.

Kamalludin berkata kesemua yang ditahan itu dibawa ke Depot Tahanan Machap Umboo untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39 (b) Peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar syarat pas, permit atau pas sempadan.

Beliau berkata pihaknya sedang mengesan pemilik kedua-dua premis berkenaan bagi membantu siasatan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain