suria

Sah: Kerajaan Akan Pinda Seksyen 15 AUKU

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada Khamis mengumumkan bahawa kerajaan akan meminda Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1974 bagi membenarkan mahasiswa menjadi ahli mana-mana parti politik.

Bagaimanapun Najib berkata, pindaan bagi seksyen berkenaan tetap tegas tidak membenarkan politik kepartian dibawa masuk ke dalam kampus institusi pengajian tinggi.

"Pindaan ini selaras bagi menghormati hak perlembagaan mahasiswa dan mahasiswi yang rata-ratanya telah mencapai umur baligh undang-undang," katanya ketika membentangkan usul pemansuhan Proklamasi Darurat dan bacaan kali kedua Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 di Dewan Rakyat di sini.

Artikel Sebelum

Warga Emas Maut Dilanggar Bas

Artikel Lain