suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PM Umum Pelantikan Ong Ka Ting Sebagai Duta Khas Ke China

NANNING (China): Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengumumkan pelantikan bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ong Ka Ting sebagai Duta Khas Perdana Menteri ke China.

Pelantikan itu, kata Najib adalah sebagai sokongan tambahan untuk memupuk perdagangan dan pelaburan antara Malaysia dan China, termasuklah projek Taman Perindustrian Qinzhou.

Ong Ka Ting buat masa ini merupakan pengerusi Majlis Perniagaan Malaysia-China.

Sebelum itu, Najib berkata, Malaysia dan China bersetuju untuk menjadikan Projek Pembinaan Taman Industri Qinzhou sebagai projek ikonik yang melambangkan kerjasama Malaysia dan China yang semakin meningkat.

Perdana Menteri berkata, projek itu juga boleh menjadi mercu tanda kepada kemampuan syarikat Malaysia untuk mengendalikan projek perindustrian yang besar.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan majlis penandatanganan Memorandum Persefahaman (MoU) mengenai Kawasan Perindustrian China (Qinzhou) bersama rakan sejawatannya dari China, Wen Jiabao.

Artikel Lain