Wakil DAP Mohon Maaf Mengenai Isu Jalur Gemilang - Semasa | mStar

Wakil DAP Mohon Maaf Mengenai Isu Jalur Gemilang

PETALING JAYA: Adun DAP Kota Alam Shah, M. Manoharan yang mengeluarkan pandangan kontroversi di laman Facebook agar bendera Jalur Gemilang ditukar telah menarik balik kenyataan tersebut.

Beliau telah memohon maaf tentang pandangan tersebut di Facebook.

“Saya anak Malaysia yang patriotik. Saya memohon maaf jika komen saya mengenai bendera Malaysia itu telah menimbulkan perasaan tidak selesa kepada anda semua. Terima kasih,” katanya dalam kemaskini di laman tersebut.

Terdahulu, beliau berkata kepada The Star, rekaan bendera Jalur Gemilang perlu diubah kerana ia menyerupai bendera parti Barisan Nasional dan tidak memberi gambaran mengenai rakyat Malaysia.

Manoharan yang mengedarkan bendera DAP di sekitar kawasannya bersempena sambutan Hari Malaysia pada Khamis berkata, beliau tidak mempunyai keinginan untuk mengibarkan bendera kebangsaan itu.

“Saya mempunyai bendera Malaysia bersama-sama. Namun, apabila saya mengibarkannya saya berasa seperti mengibarkan bendera Barisan,” katanya sambil menyangkal dirinya seorang yang tidak patriotik.

Beliau juga berkata, Jalur Gemilang juga mempunyai persamaan dengan bendera Amerika Syarikat (AS), di mana ia sering mengelirukan para pelancong pada sekilas pandang.

Manoharan sebelum itu, memasukkan entri di laman Facebook “dia enggan mengibarkan bendera Malaysia kerana ia kelihatan seperti bendera BN,” katanya seperti yang dilaporkan laman web The Mole.

Beliau kemudiannya menulis: “Kita tidak mempunyai bendera bertaraf dunia. Orang Amerika sedang mentertawakan kita. Sila pergi ke As dengan bendera kita. Tapi sebelum itu, pastikan kedutaan Amerika mengeluarkan visa dulu.”

Beliau menyuarakan kebimbangannya terhadap sebilangan rakyat Malaysia yang bekerja di organisasi bantuan bukan kerajaan di luar negara yang mungkin terasa kerana dianggap sebagai rakyat Amerika.

“Untuk melindungi diri anda sendiri, anda perlu mengibarkan bendera negara anda. Sesetengah negara pula tidak menyukai warga Amerika, jadi secara tidak langsung rakyat kita turut terkena tempiasnya kerana bendera itu,” katanya.

Beliau yang menggesa agar bendera itu ditukarkan akan memberikan beberapa cadangan berkaitan jika Pakatan Rakyat berkuasa kelak.

“Jalur pada bendera itu perlu ditukar. Warna merah dan putih telah menimbulkan banyak kekeliruan. Saya rasa bintang, bulan sabit dan warna kuning diraja harus dikekalkan,” katanya.

Beliau turut berkata, tiada apa yang salah dengan idea untuk menukarkan rekaan bendera itu kerana Malaysia masih boleh mengekalkan identiti Islam yang dikenali ramai itu.

“Mereka kata ianya Jalur Gemilang tetapi tiada apa yang gemilang kerana bendera itu tidak ubah seperti bendera Amerika,” katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

Artikel Lain

Ronaldo, Georgina berkahwin secara senyap?