suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Umno Gugur Keahlian Datin Juliana

KUALA LUMPUR: Umno pada Jumaat menggugurkan keahlian Datin Juliana Awang Tambi yang bertanding atas tiket Parti Cinta Malaysia (PCM) pada pilihan raya negeri Sarawak 16 April lalu, berkuatkuasa serta merta.

Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, penguguran itu dibuat berdasarkan fasal 20.1 perlembagaan parti yang menyatakan mana-mana ahli Umno yang bertanding di dalam pilihan raya sebagai calon bebas atau parti lawan akan digugurkan keahliannya dan tidak boleh diterima sebagai ahli selama-lamanya.

"Jadi berdasarkan peruntukan ini maka keahliannya digugur serta merta," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Juliana yang merupakan ahli Umno Bahagian Selayang kalah dalam pertandingan empat penjuru di kawasan Dewan Undangan Negeri Bekenu pada pilihan raya negeri Sarawak dengan hanya memperoleh 284 undi.

Artikel Lain